NASI MUAFAKAT BANGSA JOHOR
MOHAMAD Faidzal Zainal di hadapan restoran Nasi Muafakat Bangsa Johor di Ejohng Concept Restoran di Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru.
JOHOR BAHRU 15 Feb 2017 - Tiga bungkus RM10. Dengan lauk pilihan sama ada ikan keli sambal hijau, daging atau ayam berserta air mineral percuma dapat mengenyangkan perut ketika makan tengah hari. Jawapannya memang boleh dipercayai. Berkunjunglah ke Ejohng Concept yang terletak di Taman Sri Pulai Perdana, dekat sini. Bagi mengeratkan lagi ikatan pelanggan, pemiliknya, Mohamad Faidzal Zainal, 47, atau lebih mesra dengan panggilan Ejohng turut memberi nama hidangan bajet makanan tengah hari itu sebagai Nasi Muafakat Bangsa Johor.
“Idea ini tercetus apabila saya melihat orang ramai merungut dengan harga makanan yang semakin mahal hanya untuk makan tengah hari. “Pada permulaannya, saya hanya menjual kira-kira 200 bungkus sehari dengan harga RM10 bagi tiga bungkus dan air mineral,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
PARA pekerja sibuk membungkus Nasi Muafakat Bangsa Johor untuk para pelanggan.
Berbekalkan pengalaman dalam bidang perniagaan, Faidzal mula mengintai peluang untuk memulakan jualan nasi bajet itu pada November tahun lalu, ternyata jualannya semakin mendapat sambutan baik setiap hari.Bapa kepada empat orang anak ini mengakui senang menggunakan nama Nasi Muafakat Bangsa Johor berbanding nasi bajet kerana perkataan muafakat itu melambangkan hubungan silaturahim dan semangat tolong-menolong sesama manusia.
“Konsep nasi muafakat ini lebih kepada sedekah, sebab itu saya suka memberi lebih kepada orang ramai dan dapat membantu mereka yang dalam kesempitan,” katanya. Menurutnya, terdapat tiga pilihan lauk bagi para pelanggan, iaitu ayam, daging atau ikan keli sambal hijau.
Setiap hari chef profesional yang menyediakan makanan akan menukar lauk bagi mengubah selera pelanggan seperti ayam paprik, daging kurma, masak merah dan goreng kunyit. Kini Nasi Muafakat Bangsa Johor terjual sehingga 1,000 bungkus sehari di Ejohng Concept Restoran Taman Sri Pulai Perdana.

SEORANG pelanggan membeli Nasi Muafakat Bangsa Johor yang menawarkan lauk ikan, ayam dan daging.
Faidzal mula mengembangkan sayap perniagaannya itu ke sekitar Pulai Perdana, Pekan Nanas dan bercadang membuka beberapa gerai, antaranya di Taman Daya, Kampung Melayu Majidee, Pontian serta Pulai Utama dan destinasi seterusnya ialah di Kuala Lumpur pada awal Mac ini.
“Matlamat utama saya ialah untuk membantu mengurangkan beban pengguna, mewujudkan usahawan sokongan dan menawarkan peluang pekerjaan,” katanya. Pihaknya juga akan memperkenalkan penghantaran bermotor bagi memudahkan para pelanggan membeli dengan hanya membuat pesanan menerusi telefon.